Monday 23 January 2012

Inspirasiku

Setiap individu memiliki kelemahan tersendiri...setiap kali aku jatuh, terbayang di fikiranku wajah-wajah yang menanti kepulanganku dengan segulung ijazah berada di genggaman....setiap kali aku rebah tidak bermaya terbayang di fikiran ku wajah-wajah yang pernah melalui saat2 sukar dan akhirnya mereka berjaya berkat kesabaran dan kesungguhan mereka sendiri....aku pun berfikir....kenapa aku tidak boleh seperti mereka?mereka boleh kenapa saya tidak....saya pasti boleh berjaya seperti mereka....
Teringat kata-kata dari insan yang kini bergelar jutawan...dia juga pernah berkali-kali gagal tapi tidak berputus asa........saya harap saya dapat mencontohi dia dan berjaya seperti dia.....saat-saat sunyi sepi begini terlampau banyak perkara yang saya imbas kembali....terlalu banyak kekurangan yang saya miliki tapi lambat untuk perbaiki....

Susah-susah dulu,senang-senang kemudian...kata-kata ini 100% tepat sekali....apa yang saya perhatikan di sekeliling saya, ramai orang bertindak tanpa berfikir kesan masa panjang terutamanya masa depan ataupun masa tua mereka...saya harap selepas ini ramai yang terbuka fikiran untuk berfikir hari tua mereka kelak...biarlah kita susah dulu agar di hari yang akan datang kita berasa senang, terutamanya golongan-golongan muda masa kini. Berfikir dulu sebelum bertindak .

Perjalanan kita masih panjang dan bersedialah dengan apa yang bakal berlaku dalam hidup kita di masa  hadapan.



 Setiap perjalanan hidup perlukan perjuangan dan pengorbanan yang besar dalam menuntut ilmu kehidupan..


Saya pasti berkat kesabaran dan usaha kita dalam mencapai sesuatu pasti akan berjaya sekiranya kita tidak mudah tunduk dengan perasaan putus asa. Tepiskan segala cabaran yang dihadapi dengan sabar dan penuh yakin. Moga saya dapat mengatasi segalanya dengan tabah.
Moga sukses semuanya....

No comments:

Post a Comment