Thursday 26 January 2012

Tension punya pasal

Masa cutiku akan tamat tidak lama lagi....time cuti macam ni seperti biasa tak banyak benda nak buat...cutiku ditemani dengan MR.ASSIGNMENT, layan lagu, melayari internet....nak jalan tapi tak tau nak jalan ke mana...tunggula member2 balik dari bercuti nanti baru la nak jalan ramai2...tapi rasanya masing2 lagi sibuk dengan buah hati SI ASSIGNMENT & presentation...saya pasti ramai yang x berjalan dorang punya assignment kan?? hahaha....


       muka tak nampak risau tapi dalam hati risau bagai nak rak hahahah....


hari ni mata dan muka asyik depan laptop je....bosan punya pasal la...tak tahu nak buat apa....sambil tu boleh la korek-korek maklumat dalm internet ni...download sana download sini..baca sana baca sini....mata pun penat dah...tapi bila tengok muka bayi yang comel-comel ada kurang penat sikit...(bukan anak saya ok...belum kahwin lagi tau hahah) tension punya pasal terus jadi merapu sikit... rasa macam nak gigit2 je laptop aku ni ha..
aaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

tapi saya harap kerja-kerja saya tak menimbun lagi lepas ni ye....(konon)
tapi kalau dah macam dalam gambar ni....aku tak tau la apa nak jadi...tidur makan mandi semuanya ada kertas....tapi takde la sampai macam ni kan?hahaha nampak beno menipu ye...aku pun x sanggup....tak sabar aku nak habis assignment ini.....nak melalak sepuas-puasnya...hihihi...
             100% cintakuu uuu.....ow yeahh! ehem!

Saya dah tak sabar nak naik kapal terbang balik kampung! Lama berada di perantauan membuatkan saya rindu sangat balik kampung! hidup kat kampung lagi tenang...aahhh rindu semuanyala...

Home sweet home! wahai masa  cepatlah kau berlalu ya..borneo! nantikan kepulangan ku (^_^)v

Tuesday 24 January 2012

~Thank You~

Terima kasih atas kesudian melawat blog saya yang masih segar bugar dan serba kekurangan ini...


Anda telah membuatkan saya tersenyum. Mudah-mudahan saya juga mampu membuat anda tersenyum...sama-sama kita menimba ilmu dan mencari cahaya untuk diri kita sendiri seterusnya menjadi cahaya kepada orang lain.



Monday 23 January 2012

Inspirasiku

Setiap individu memiliki kelemahan tersendiri...setiap kali aku jatuh, terbayang di fikiranku wajah-wajah yang menanti kepulanganku dengan segulung ijazah berada di genggaman....setiap kali aku rebah tidak bermaya terbayang di fikiran ku wajah-wajah yang pernah melalui saat2 sukar dan akhirnya mereka berjaya berkat kesabaran dan kesungguhan mereka sendiri....aku pun berfikir....kenapa aku tidak boleh seperti mereka?mereka boleh kenapa saya tidak....saya pasti boleh berjaya seperti mereka....
Teringat kata-kata dari insan yang kini bergelar jutawan...dia juga pernah berkali-kali gagal tapi tidak berputus asa........saya harap saya dapat mencontohi dia dan berjaya seperti dia.....saat-saat sunyi sepi begini terlampau banyak perkara yang saya imbas kembali....terlalu banyak kekurangan yang saya miliki tapi lambat untuk perbaiki....

Susah-susah dulu,senang-senang kemudian...kata-kata ini 100% tepat sekali....apa yang saya perhatikan di sekeliling saya, ramai orang bertindak tanpa berfikir kesan masa panjang terutamanya masa depan ataupun masa tua mereka...saya harap selepas ini ramai yang terbuka fikiran untuk berfikir hari tua mereka kelak...biarlah kita susah dulu agar di hari yang akan datang kita berasa senang, terutamanya golongan-golongan muda masa kini. Berfikir dulu sebelum bertindak .

Perjalanan kita masih panjang dan bersedialah dengan apa yang bakal berlaku dalam hidup kita di masa  hadapan.



 Setiap perjalanan hidup perlukan perjuangan dan pengorbanan yang besar dalam menuntut ilmu kehidupan..


Saya pasti berkat kesabaran dan usaha kita dalam mencapai sesuatu pasti akan berjaya sekiranya kita tidak mudah tunduk dengan perasaan putus asa. Tepiskan segala cabaran yang dihadapi dengan sabar dan penuh yakin. Moga saya dapat mengatasi segalanya dengan tabah.
Moga sukses semuanya....

My New Life

Kehidupan baruku bermula pada pertengahan tahun 2011...aku kembali bergelar senagai seorang pelajar dengan erti kata lain 'Student Life ku' kini kembali dengan membuka lembaran baru. Hidup sebagai seorang anak perantau tidaklah sepahit mana yang aku sangkakan cuma  ada juga perkara yang kurang menyenangkan berlaku di sini tapi semuanya ku biarkan sahaja kerana masa ku masih panjang lagi di sini...semakin dilayan takut naik gila aku jadinya...Aku bersyukur kerana aku tidak keseorangan di sini....kebetulan seorang saudara saya juga turut diterima untuk menuntut di IPTA yang sama denganku...satu kelas pulak tu (^_^).....dan disini juga aku dipertemukan dengan sahabat-sahabatku yang baik dan 'gila-gila' seperti aku juga....
  <---- Inilah muka2 penat selepas jelajah K.L bersama Poh, Stella si baju hijau, syukran..peace....si firdaus yang tengah mengantok dan jurugambar kamisi Melvin hehehe....bergambar tak kira di mana jua except toilet la kan....hahaha


  Selanjutnya..... percutian di kampung salah seorang sahabat...thanks to melvin's family ya....terubat juga rindu di kampung :) Si Angela, Melnia, saya ba itu, Felicia the Angry Bird bersama si cilik Ian n Melove...
 Snap2...sempat berposing....ahahha.....buat muka tebal posing tempat ramai....yang penting ambik gambar...muahahahahaha...

wuhuuuu......swimming time.......best tak terkata tempat ni....melepaskan segala tension2 pasal assignment....


kalau nak diceritakan semua memang takkan habis dan tak bergerakla saya hari ni....nak menjinak-jinakkan diri dengan penulisan selepas ini...harap berjayala....doakan saya ye....hmmm....saya amat bersyukur dipertemukan dengan sahabat2 seperti mereka...banyak lagi yang tiada dalam gambar ni sebenarnya....tapi tak apa.....akan dipertemukan di lain 'post' ye :).....walaupun jauh dimata tetapi sahabat2 lain tetap dalam ingatan terutama rakan2 yang berada di borneo...oh ya....di sini juga ada seorang sahabat baik saya dari kecil hingga lah sekarang...dari 1 kelas tadika yang sama, 1 kelas semasa sekolah rendah dan menengah dan kali ini satu U pula..hehehe....memang tak dapat dipisahkan jauhla....sahabat saya Cristine Teo terima kasih sebab selalu bagi kata2 semangat kat saya..surat yang ditulis olehmu sebelum melangkah masuk dulu daripada saya masih ku simpan...nanti bagi awak tengok balik ye ...hihii...dan sahabat ku Kathy Amalina juga...i miss both of you...susah nak jumpa mesklipun namanya 1 U....sibuk dengan tugas masing-masing....apa2 pun semoga kita berjaya semua.....susah senang kita di rantau orang memberi kekuatan dalam diri kita untuk berjuang demi diri dan keluarga tercinta....



Cukuplah disini sahaja buat kali ini penulisan pertama saya di ruangan blog saya ini..akan cuba diperbaiki di masa akan datang....